TATABAHASA
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata,
kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para
pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana
kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem
ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh
dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini
terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum".
"Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada
mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem,
iaitu "di" dan "minum".Kesimpulannya, perkataan boleh
terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas
|
Morfem terikat/imbuhan
|
Dapat
berdiri sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa |
Bentuk
imbuhan, misalnya:
mem, per, kan, ber |
Mempunyai
maksud sendiri.
|
Tidak
mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah
makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
|
Morfem terikat/imbuhan
Morfem
terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar.
Misalnya membaca, menghafal.
Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar.
Misalnya telapak (tapak)
Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan
akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhanper....an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaanseperti dalam gambarajah di bawah.
Bahagian-bahagian
itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas.
"Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa
berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka.
"Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan,
itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan
berdasarkan faktor sintesis dan semantik.
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dannama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.
Sintaksis
Sintaksis
merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam
ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad
sedang membuat kerja rumah.
Contoh
ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian
(ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian
utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi
nama (FS).
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
1. Ayat penyata:
Ayat aktif
·
Ayat
aktif dengan kata kerja transitif
·
Ayat
aktif dengan kata kerja pasif
Ayat pasif
Berbanding
dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan
penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak
dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan
bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
·
Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
·
Perkara itu sudah diselesaikan
adalah
ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang
menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah
menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk
menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan,
silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah
|
Contoh penggunaan
|
|
Perintah
|
Berdiri di atas kerusi itu.
|
|
Suruhan
|
Ikat tali kasut anda
dengan betul.
|
|
Larangan
|
Jangan
pergi ke
sungai yang dalam airnya.
|
|
Permintaan
|
Tolong
angkat baju
itu.
|
|
Ajakan
|
Mengucaplah banyak-banyak.
|
|
Silaan
|
Sila jamu selera.
|
|
Doa
|
Syukurlah kamu sudah kembali.
|
|
Harapan
|
Harap-harap hari tidak hujan.
|
|
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
·
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang
tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
Ayat nafi
Ayat
nafi ditandai
oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara
umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
·
Dia tidak berpengalaman,
tetapi cekap.
·
Aurora bukan jururawat,
tetapi doktor.
Disamping
itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:
Ayat biasa
|
Ayat nafi
|
Cadangannya
harus diketepikan.
|
Cadangannya tidak perlu
kita pedulikan.
|
Kerja
ketua memang susah.
|
Kerja
ketua tidak pernah senang.
|
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
1. Bukankah orang itu guru kamu?
2. Tidakkah kamu ingin menyertai
peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa
nama
Secara
umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang
mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:
1. Ini bukan kucing.
2. Malaysia bukan negara
republik.
3. Gajah bukan haiwan
yang terbesar di dunia.
Selain
itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain
daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
1. Dia bukan bodoh,
tetapi malas.
2. Dia bukan belajar,
tetapi bermain.
Kata
"bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan
"kata tidak":
1. Dia tidak bodoh,
tetapi malas.
2. Dia tidak belajar,
tetapi bermain.
Bagaimanapun,
penggantian "bukan" dengan "tidak"
menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya
menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan"
menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa
sendi
Untuk
frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan
menurut kesesuaian, umpamanya:
1. Saya tidak ke sekolah
hari ini kerana sakit.
2. Saya bukan dari sektor
kerajaan.
3. Malaysia bukan di benua
Afrika.
4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata
"bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat
di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam
penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa
berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat tanya
Ayat
tanya dalam
bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk
ayat tanya
1. Membubuh tanda
tanya pada akhir ayat penyata
Ayat
penyata
|
Ayat
tanya
|
Tetamu sudah tiba.
|
Tetamu sudah tiba?
|
Buah itu sudah masak.
|
Buah itu sudah masak?
|
Mereka hendak menolong
kita.
|
Mereka hendak menolong kita?
|
Dengan
tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di
atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan
partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam
bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah"
untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata
|
Ayat tanya
|
Tetamu
sudah tiba?
|
Sudah
tibakah tetamu?
|
Buah
itu sudah masak?
|
Sudah
masakkah buah itu?
|
Mereka
hendak menolong kita?
|
Hendak
menolong kitakah mereka?
|
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan
pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh
dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana,
dan siapa.
Kata
|
Ayat tanya
|
|
Tanpa partikel "kah"
|
Dengan partikel "kah"
|
|
Ada
|
Tiada
|
Adakah cara saya ini
betul?
|
Apa
|
Apa yang kamu beli
tadi?
|
Apakah yang kamu beli
tadi?
|
Bagaimana
|
Bagaimana cara untuk
mendaftar diri?
|
Bagaimanakah cara untuk
mendaftar diri?
|
Bila
|
Bila ayah kamu pulang?
|
Bilakah ayah kamu pulang?
|
Mengapa
|
Mengapa kamu datang lambat
hari ini?.
|
Mengapakah kamu datang lambat
hari ini?.
|
Mana
|
Mana ibu?
|
Manakah ibu?
|
Siapa
|
Siapa nama jiran baru
kamu?
|
Siapakah nama jiran baru
kamu?
|
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa
berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
·
Tetamu
sudah tibakah?
·
Buah
itu sudah masakkah?
·
Mereka
hendak menolong kitakah?
Kesalahan
ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
·
Tetamu
sudah tibake?
·
Buah
itu sudah masakke?
·
Mereka
hendak menolong kitake?
"Ke"
sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak
boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak
boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat
songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada
hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT
BIASA
|
→
|
SUBJEK
+ PREDIKAT
|
AYAT
SONGSANG
|
→
|
PREDIKAT
+ SUBJEK
|
AYAT
PASIF
|
→
|
OBJEK
+ KATA KERJA + SUBJEK
|
Ayat
songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan
menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang
amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua
jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat
|
Susunan biasa
|
Susunan songsang
|
Ayat
inti
|
Encik
Yosri birokrat.
|
Birokratlah Encik Yosri.
|
Kucing
itu ke sana.
|
Ke
sana kucing
itu.
|
|
Ayat
tanya
|
Orang
itu adik kamu?
|
Adik
kamukah orang
itu?
|
Kamu belum
makan?
|
Belum
makankah kamu?
|
|
Ayat
pasif
|
Surat
itu akan saya kirimkan.
|
Akan
saya kirimkan surat
itu.
|
Saya ketinggalan
bas pada hari itu.
|
Ketinggalan
bas saya
pada hari itu.
|
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti
Ayat
inti ialah
ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran
makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan
sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk
mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca.
Ayat gabungan
Ayat
gabungan ialah
ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu
ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu,
dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan
yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
1. Ayat dengan ayat
2. Subjek dengan subjek
3. Predikat dengan predikat
4. Adverba dengan adverba
5. Objek dengan objek.
6. Ayat gabungan dengan kata
penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan
|
Ayat komponen
|
Ayat gabungan
|
Ayat
dengan ayat
|
Abu
amat rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya. |
Abu
amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
|
Subjek
dengan subjek
|
Ali
suka makan manggis.
Ahmad suka makan manggis. |
Ali
dan Ahmad suka makan manggis.
|
Predikat
dengan predikat
|
Mereka
menghadiri ceramah itu.
Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. |
Mereka
menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
|
Adverba
dengan adverba
|
Saya
akan menghabiskan kerja itu besok.
Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa. |
Saya
akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.
|
Objek
dengan objek
|
Ibu
membeli sayur di pasar.
Ibu membeli ikan di pasar. |
Ibu
membeli sayur dan ikan di pasar.
|
Ayat
gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan
|
-
|
Sedangkan
dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.
|
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
1 Perkara itulah yang saya
nyatakan kepada Polar.
2 Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan
tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut
amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya
nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
Ayat pancangan
Ayat
pancangan ialah
ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat
kecil), umpamanya:
·
Keluarga
Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
·
Jika
hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
·
Angkatan
tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding
dengan tentera Jepun.
Jangan masukkan maklumat yang tidak berkaitan dengan tujuan laman blog seperti gambar haiwan dan animasi puteri. Kewujudannya tidak memberi manfaat kepada pembaca.
ReplyDelete