v
Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada seseorang
yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri
v
Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami seseorang
v
Abang kandung
Abang seibu dan sebapa
v
Abu jahal
Orang yang suka menghalangi usaha yang baik
v
Abu nawas
Orang yang bijak melepaskan diri
v
Ada angin
Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut
keadaan
v
Ada bakat
Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang
v
Ada bukti
Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu
hal atau peristiwa
v
Ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud
v
Ada hati
Mempunyai keinginan lebih daripada
keupayaan
v
Ada jalan
Ada cara untuk melakukan sesuatu
v
Air muka
Wajah atau rupa seseorang
v
Ajak-ajak ayam
Tidak sungguh-sungguh mempelawa
v
Akad nikah
Perjanjian dalam perkahwinan
v
Akal kancil
Orang yang cerdik dan pandai menipu
v
Alas cakap
Kata pendahuluan sebelum perundingan atau
perbincangan dijalankan
v
Alas dulang
Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang
v
Alas meja
Kain penutup meja
v
Alas perut
Makan sedikit untuk menghilangkan rasa
lapar
v
Ambil angin
Bersiar-siar
v
Ambil berat
Memberikan perhatian
v
Ambil hati
Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang
lain
v
Ambil masa
Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa
v
Anak angkat
Anak orang lain yang dianggap / dijadikan
seperti anak sendiri
v
Anak bapa
Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga
v
Anak beranak
Sekeluarga
v
Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua
v
Anak buangan
Orang yang tersingkir daripada sesebuah
keluarga
v
Anak cucu
Keturunan; zuriat
v
Anak dara
Gadis yang belum berkahwin
v
Anak dayung
Orang yang mendayung perahu
v
Anak emas
Anak kesayangan
v
Anak haram
Anak luar nikah
v
Anak kembar
Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada
satu kandungan
v
Anak sulung
Anak yang tertua atau pertama
v
Angin-angin
Khabar yang belum tentu benar salahnya
v
Angin berkisar
Berpaling tadah
v
Angin buritan
Angin yang mengikut arah perahu
v
Angin gila
Kelakuan yang tidak tentu arah
v
Angin lalu
Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya
v
Angin ribut
Taufan
v
Angkat alis
Menunjukkan rasa atau tanda hairan
v
Angkat bahu
Menyatakan tidak tahu
v
Angkat diri
Sombong
v
Angkat suara
Meninggikan suara
v
Angkat sumpah
Bersumpah
v
Asam garam
Pengalaman hidup
v
Atas angin
Negara-negara di Timur Tengah dan Eropah
v
Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
v
Ayam tambatan
Orang harapan dalam sesuatu pertandingan
atau perlawanan
v
Bahasa daerah
Bahasa yang digunakan di daerah tertentu
sahaja
v
Bahasa kesat
Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor,
dan menyakitkan hati
v
Bahasa ibunda
Bahasa sendiri
v
Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan oleh raja-raja
v
Bangkai bernyawa
Orang yang tidak berguna langsung
v
Banyak akal
Banyak helah
v
Banyak lemak
Kelakuan yang mengada-ngada
v
Banyak mulut
Suka bercakap banyak
v
Bapa ayam
Lelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak
menghiraukan anak-anaknya
v
Barang berkat
Barang yang halal
v
Barang kemas
Barang-barang berharga yang dipakai oleh
kaum wanita, seperti cincin emas, loket berlian, dan sebagainya
v
Batu api
Orang yang menghasut dua pihak yang lain
sehingga bergaduh
v
Batu loncatan
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai
sesuatu tujuan
v
Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh
v
Bawa berunding
Diajak bermuafakat
v
Bawa bermenung
Memikirkan masak-masak
v
Bawa bersemuka
Bawa bertemu muka; berunding
v
Bawa hati
Perasaan kecewa
v
Bawa kaki
Berjalan tanpa hala tujuan
v
Bawa ke tengah
Bawa ke muka pengadilan
v
Bawah angin
Negara-negara yang terletak di sebelah
timur
v
Bawah umur
Belum dewasa
v
Bekas tangan
Hasil buatan sendiri; pukulan
v
Bengkak perut
Sakit hati
v
Berani mati
Tidak takut mati
v
Berat kepala
Sukar menerima pelajaran
v
Berat lidah
Pendiam
v
Berat mata
Mengantuk
v
Berat sebelah
Tidak adil
v
Berat tulang
Malas bekerja
v
Berbulan madu
Bersiar-siar ke tempat lain setelah
berkahwin
v
Berganti tikar
Mengahwini kakak atau adik isterinya
setelah isterinya meninggal dunia
v
Beri muka
Memberikan kebebasan atau memanjakan
seseorang
v
Bermain kayu tiga
Melakukan perbuatan yang jahat
v
Bertegang leher
Bertengkar
v
Besar hati
Gembira
v
Besar kepala
Degil
v
Bidan terjun
Orang yang disuruh membuat sesuatu secara
mendadak
v
Bintang hati
Kekasih
v
Bodoh alang
Bodoh sedikit
v
Bodoh sepat
Kelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik
v
Bongkok sabut
Bongkok orang tua
v
Buah fikiran
Pendapat
v
Buah mulut
Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
v
Buat duit
Melakukan sesuatu pekerjaan yang
mendatangkan keuntungan
v
Buaya darat
Lelaki yang suka menukar teman wanitanya
v
Buka mata
Ambil tahu atau sedar
v
Buruk makan
Gelojoh atau pelahap
v
Buta huruf
Tidak tahu menulis dan membaca
v
Cacing kepanasan
Gelisah
v
Cahaya mata
Anak
v
Gaji buta
Gaji yang diterima tanpa bekerja
v
Cakap angin
Percakapan yang belum tentu betul salahnya
v
Cakar ayam
Tulisan yang buruk
v
Cakap besar
Mengatakan tahu atau pandai, tetapi
sebenarnya tidak pandai
v
Campur aduk
Bercampur dengan tidak menentu lagi
v
Campur tangan
Turut serta dalam urusan orang lain
v
Cangkul angin
Perbuatan yang sia-sia
v
Cantik molek
Elok rupa paras
v
Cari akal
Mencari jalan
v
Cari fasal
Sengaja mencari sebab untuk bergaduh
v
Cari nama
Berikhtiar atau membuat jasa supaya nama
menjadi masyhur
v
Cencaru makan petang
Permainan yang semakin baik pada akhir
pertandingan
v
Cepat tangan
Orang yang cekap mencari
v
Cinta monyet
Cinta anak-anak kecil
v
Curi hati
Melakukan daya penarik untuk memikat hati
orang supaya mendatangkan kasih
v
Curi tulang
Mengelak daripada bekerja semasa waktu
kerja
v
Dakap bantal
Kecewa atau putus harapan
v
Daki dunia
Harta benda seperti wang, emas, permata,
dan lain-lain.
v
Dalam tangan
Sudah tentu dapat
v
Dapat bahagian
Menerima pukulan atau denda
v
Dapat terpijak
Mendapat sesuatu dengan mudah
v
Darah ikan
Buah yang baru separuh masak; warna yang
merah
v
Darah daging
Anak kandung
v
Darah muda
Semangat atau perasaan orang muda
v
Datang hati
Sampai hati atau tergamak
v
Daya penarik
Mempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang
boleh memikat hati seseorang
v
Delima merkah
Bibir yang merah
v
Demam puyuh
Berpura-pura demam
v
Dendam kesumat
Kebencian yang amat sangat
v
Diam ubi
Diam orang berakal kerana berfikir
v
Diam penggali
Diam orang yang bodoh
v
Dingin kepala
Berfikiran tenang dan sihat
v
Dua sejoli
Sepasang (kekasih atau suami isteri)
v
Duit kopi
Bayaran tidak rasmi sebagai sagu hati
v
Durian runtuh
Keuntungan besar yang diperoleh tanpa
bersusah payah
v
Garam hidup
Pengalaman hidup
v
Gatal mulut
Suka mencela orang
v
Gatal tangan
Suka melakukan kerja yang bukan-bukan
v
Gelap mata
Hilang pertimbangan fikiran; pitam
v
Geli hati
Rasa hendak ketawa
v
Gelora hati
Perasaan hati
v
Genap bulan
Sudah cukup masa (melahirkan anak)
v
Genggam bara
Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak
bersungguh-sungguh
v
Gerak hati
Rasa yang lahir dari dalam hati
v
Gerhana matahari
Dalam kesusahan
v
Gila babi
Sejenis penyakit sawan
v
Gila bahasa
Kurang waras fikiran
v
Gila bayang
Mencintai seseorang tetapi tidak mendapat
balasan
v
Gila harta
Mementingkan atau mengejar harta dunia
v
Gila pangkat
Orang yang selalu mengejar pangkat
v
Golok kayu
Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti
orang yang pandai
v
Gulung tikar
Berhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana
kerugian
v
Habis akal
Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi
v
Halwa telinga
Sesuatu yang menyedapkan pendengaran
v
Hampa tangan
Tidak membawa atau mendapat apa-apa
v
Hancur hati
Sedih
v
Hanyut diri
Sesat langkah
v
Harga diri
Kehormatan diri; maruah
v
Harga pokok
Harga asal sesuatu barang
v
Harga mati
Harga yang tetap dan tidak boleh ditawar
lagi
v
Hati batu
Tidak menaruh belas kasihan
v
Hati emas
Baik hati
v
Hati tikus
Penakut
v
Hentam keromo
Memukul atau mengkritik tanpa usul periksa
v
Hidung belang
Lelaki yang suka mengganggu perempuan
v
Hidung tinggi
Sombong atau bongkak
v
Hilang akal
Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi; agak
kurang waras
v
Hisap darah
Mengambil keuntungan yang berlebihan
v
Hisap jari
Menunjukkan kekecewaan
v
Hitam manis
Orang yang berkulit agak gelap tetapi
cantik dipandang
v
Hujan panas
Hujan tetapi matahari kelihatan bersinar
v
Ibu angkat
Wanita yang dianggap seperti ibu sendiri
oleh orang lain
v
Ibu ayam
Perempuan yang memperdagangkan pelacur
v
Ibu kandung
Ibu sendiri
v
Ibu pertiwi
Tanah tempat tumpah darah
v
Idah gelap
Pemberian tanda cinta tanpa bercadang untuk
berkahwin
v
Ikat perut
Menahan lapar kerana hendak berjimat
v
Ikut telunjuk
Mengikut segala perintah orang
v
Iri hati
Cemburu
v
Isi rumah
Keluarga atau penghuni sesebuah rumah
v
Jadi umang-umang
Suka memakai pakaian orang lain
v
Jaga mulut
Berhati-hati dalam percakapan
v
Jalan buntu
Tidak mendapat sebarang kata sepakat atau
penyelesaian
v
Janda berhias
Perempuan yang kematian suami dan belum
disentuh oleh suaminya
v
Jantung hati
Orang yang amat dicintai
v
Jatuh hati
Jatuh cinta
v
Jauh hati
Tersinggung atau merajuk
v
Jejak-jejak bara
Hampir tercecah ke tanah
v
Jinak-jinak merpati
Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat
tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangkakan
v
Jiwa besar
Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia
v
Kaki ayam
Tidak memakai kasut
v
Kaki bola
Orang yang sangat suka bermain atau
menonton perlawanan bola sepak
v
Kaki borak
Orang yang sangat suka berbual
v
Kaki judi
Orang yang suka berjudi
v
Kaki botol
Peminum arak
v
Kacang hantu
Orang yang jahat
v
Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan kedai
v
Kecil hati
Tersinggung
v
Kepala angin
Orang yang mudah berubah perangainya
v
Kepala batu
Tidak mahu mendengar nasihat
v
Kera sumbang
Orang yang selalu mengasingkan diri
daripada orang lain
v
Kerang busuk
Tersengih-sengih dengan tidak menentu
v
Keras kepala
Tidak mahu mengalah; degil
v
Kerja tangan
Hasil kerja yang dibuat dengan tangan
v
Kering darah
Terperanjat
v
Ketam batu
Kedekut
v
Khabar angin
Berita yang belum tentu sah kebenarannya
v
Kucing kurap
Orang yang sangat hina dalam masyarakat
v
Kuku besi
Memerintah dengan zalim
v
Kutu embun
Orang yang suka berfoya-foya hingga larut
malam
v
Lancang mulut
Mudah mengeluarkan perkataan yang boleh
menyakiti hati orang lain
v
Langkah bendul
Adik perempuan berkahwin dahulu daripada
kakaknya
v
Langkah kanan
Untung
v
Langkah kiri
Malang
v
Langkah seribu
Cabut lari
v
Lari anak
Berlari dengan langkah yang pendek; berlari
perlahan
v
Lebai malang
Orang yang selalu malang
v
Lemah semangat
Orang yang mudah terperanjat
v
Lepas tangan
Tidak masuk campur dalam sesuatu hal
v
Lidah biawak
Percakapan yang selalu berubah-ubah
v
Lidah beracun
Kata-kata yang menyakitkan hati
v
Lintah darat
Orang yang sering mahu akan keuntungan yang
tinggi
v
Lipas kudung
Membuat kerja dengan cepat
v
Loyar buruk
Orang yang membangkang sebab mencari
kemenangan
v
Lupa daratan
Lupa diri atau lupa akan asal usul
v
Mabuk cendawan
Jatuh cinta
v
Mahkota hati
Kekasih
v
Makan angin
Pergi bercuti
v
Makan gaji
Bekerja untuk mendapatkan upah
v
Makan hati
Bersedih kerana perbuatan orang lain
v
Makan suap
Menerima rasuah
v
Malu-malu kucing
Pura-pura malu
v
Mandi darah
Berlumuran darah
v
Mandi kerbau
Mandi dengan tidak bergosok dan bersabun
v
Masin lidah
Terbukti benar atau berlaku apa-apa yang
diucapkan oleh seseorang
v
Masuk jawi
Bersunat atau berkhatan
v
Mata duitan
Terlalu tamak akan wang
v
Mata keranjang
Lelaki yang suka melihat perempuan cantik
v
Mati celik
Mati sebelum tercapai hajat atau cita-cita
v
Mati katak
Kematian yang sia-sia
v
Mengadu untung
Mencari rezeki
v
Menjolok mata
Perbuatan yang keterlaluan
v
Muka dua
Orang yang menyebelahi kedua-dua belah
pihak
v
Muka tebal
Tidak tahu malu
v
Mulut manis
Lemah lembut tutur kata
v
Mulut murai
Orang yang becok
v
Nafsu makan
Keinginan untuk makan (kemaruk)
v
Naik angin
Meradang
v
Naik kepala
Mengada-ngada
v
Naik pelamin
Berkahwin
v
Naik saksi
Menjadi saksi
v
Nipis telinga
Lekas marah
v
Nyawa-nyawa ikan
Hampir mati
v
Orang atas
Orang yang berpangkat besar
v
Orang bawah
Orang yang berpangkat rendah; orang biasa
v
Otak cair
Orang yang pantas berfikir dan bijak
v
Orang gaji
Orang yang diberi upah kerana bekerja di
rumah
v
Orang harapan
Orang yang dipercayai
v
Orang rumah
Isteri
v
Otak udang
Bodoh
v
Panas hati
Marah dalam hati
v
Panjang akal
Cerdik
v
Panjang tangan
Suka mencuri
v
Panjang umur
Hidup sangat lama
v
Pasang badan
Berhias diri
v
Pasang telinga
Mendengar dengan teliti
v
Pasar gelap
Menjual barang-barang tanpa mengikut
undang-undang
v
Patah hati
Kecewa
v
Patung bernyawa
Hidup tanpa cita-cita
v
Payung mahkota
Raja yang memerintah
v
Pecah tembelang
Terbuka rahsia
v
Pekak badak
Betul-betul pekak; pura-pura tidak dengar
v
Perang dingin
Perang yang belum menggunakan senjata
v
Perang mulut
Bergaduh dengan menggunakan kata-kata yang
kasar
v
Pilih kasih
Berat sebelah
v
Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan wang
lelaki
v
Puteri lilin
Gadis yang tidak tahan panas
v
Putih hati
Jujur
v
Putih tulang
Lebih baik mati
v
Rabun ayam
Kurang jelas atau kurang terang
penglihatannya
v
Raja sehari
Pengantin baharu
v
Rambang mata
Sukar untuk memilih kerana semuanya cantik
v
Retak tangan
Nasib badan
v
Ringan mulut
Peramah; suka bercakap-cakap
v
Ringan tangan
Suka mencuri; suka menolong
v
Ringan tulang
Rajin bekerja
v
Rosak nama
Hilang kehormatan
v
Sakit hati
Berasa marah atau tersinggung kerana dihina
atau ditipu
v
Sampai hati
Tergamak atau tidak menaruh belas kasihan
v
Sejuk hati
Tenang
v
Senapang bambu
Orang yang nampaknya berbahaya tetapi
sebenarnya tidak
v
Senyum kambing
Senyum mengejek
v
Serkap jarang
Menuduh tanpa usul periksa
v
Setengah masak
Belum sempurna
v
Tabir besi
Negara-negara blok Rusia
v
Tahi judi
Orang yang suka berjudi
v
Tajam akal
Pintar
v
Tajam mulut
Suka mengeluarkan kata-kata yang pedas
v
Talak tiga
Penceraian yang tidak boleh dirujuk lagi
v
Tanda mata
Hadiah sebagai ingatan
v
Tangan terbuka
Murah hati atau suka menolong
v
Tangkai jering
Orang yang sangat kedekut
v
Tangkap basah
Ditangkap semasa lelaki dan perempuan yang
bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi dan terlindung
v
Telinga kuali
Orang yang tahan hati walaupun dihina dan
dicerca
v
Telinga lintah
Tajam pendengaran
v
Terang hati
Mudah mengerti
v
Terbit keringat
Malu atau segan; bekerja bertungkus lumus
v
Tiang kampung
Orang yang tertua di sesebuah kampung
v
Tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak
v
Tin kosong
Orang yang tidak berpelajaran tetapi
bercakap besar
v
Tipis harapan
Harapan yang sedikit untuk memperoleh
sesuatu
v
Tua keladi
Orang tua yang berkelakuan seperti orang
muda
v
Tulang belakang
Orang yang menjadi tunjang kekuatan atau
harapan
v
Ubat basah
Berita yang tidak dipercayai orang
v
Ukur jalan
Orang yang tidak mempunyai pekerjaan selain
berjalan-jalan sahaja tanpa tujuan
v
Undi sulit
Mengundi dengan tidak diketahui oleh orang
lain
v
Untung batu
Nasib malang
v
Urut dada
Menahan perasaan
v
Wang buta
Wang upah yang diberi kepada orang yang
sudah bersara
v
Wang hangus
Wang yang diberi oleh pihak lelaki kepada
pihak perempuan untuk perbelanjaan kahwin
v
Wang sogok
Wang suap atau rasuah
v
Yatim piatu
Orang yang tidak mempunyai ayah dan ibu
v
Zaman atom
Zaman yang penuh dengan kemajuan
v
Zaman batu
Zaman dahulu kala